UCL: Manchester City Menang Tipis Ke Atas Crvena Zvezda
Eropah
Manchester City
Advertisements

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan G bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah menyaksikan Manchester City mudah melakar kemenangan ke atas Crvena Zvezda dengan keputusan 3-2. 

Rata-rata kesebelasan utama Manchester City dibarisi dengan beberapa bintang muda di bahagian serangan seperti Oscar Bobb (20 tahun) dan Micah Hamilton (20 tahun). 

Tiga gol dijaringkan oleh M. Hamilton (19), Oscar Bob (69) dan Kalvin Phillips (85). Manakala buat Crvena Zvezda pula ialah I. Hwang (76) dan A. Katai.

Advertisements

The Citizens sekaligus muncul juara kumpulan G dengan mengumpul 18 mata sementara RB Leipzig ditangga kedua dengan 16 mata. Kedua pasukan ini layak ke peringkat seterusnya.

Bagi kelab di tangga ke-3, Young Boys telah mengesahkan tempat ke Europe League manakala buat Red Star Belgrade terpaksa tamatkan saingan dengan lebih awal.

Undian peringkat Pusingan 16 Liga Juara-Juara UEFA akan diadakan pada hari Isnin, 18 Disember 2023 ini. 

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram