Advertisement
UCL: Penalti Mo Salah Bantu Liverpool Tewaskan Girona
UEFA Champions League
MakanBola
Liverpool FC

Aksi saingan Liga Juara-Juara pagi ini menyaksikan Liverpool berjaya menewaskan Girona dalam perlawanan keenam peringkat kumpulan.

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. Liverpool sudahpun mengesahkan kelayakan sementara Girona terdesak mencari kemenangan untuk layak. 

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, pasukan pelawat, Liverpool menguasai 61 peratus dengan 9 percubaan permainan manakala Girona 39 peratus dengan 8 percubaan ke arah gawang gol.

Pada minit ke-63 permainan, Liverpool berjaya membuka jaringan menerusi sepakan penalti yang diambil oleh ketua pasukan, Mohamed Salah. 

Gol tunggal itu kekal sehingga tamat permainan, Girona terpaksa akur tewas tipis di laman sendiri ke atas Liverpool

Ketika ini, Liverpool telah mencatatkan enam perlawanan tanpa kalah bagi saingan UCL sekaligus meletakkan The Reds di tangga teratas liga dengan 18 mata. 

Sementara Girona berada di tangga ke-30 dengan 3 mata sahaja. Selepas ini, Girona akan berdepan AC Milan dan Liverpool akan bertemu Lille bagi aksi seterusnya pada tahun hadapan.