UCL: Pertemuan 2 Kambing Ditangguhkan, Liverpool & Real Madrid Menangis Awal
UEFA Champions League
AFP
Advertisements

Kadang kala masalah teknikal menjadi punca utama berlaku ketidakadilan yang boleh menyebabkan pertelingkahan. Begitu juga ia terjadi sebentar tadi ketika undian pusingan 16 terakhir bagi Liga Juara-Juara Eropah berlangsung.

Kelab gergasi Perancis, Paris Saint German (PSG) pada mulanya dijadualkan akan bertemu kelab gergasi Inggeris, Manchester United. Keputusan ini mendapat perhatian oleh peminat bola sepak dunia dimana pertembungan 2 “Kambing” iaitu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi akan berlaku semula.

Difahamkan, pasukan Atletico Madrid membuat bantahan mengenai perkara tersebut oleh kerana ketiadaan PSG dalam pot undian mereka. Hal ini berlakunya ketidakpuashatian dari pelbagai pihak.

Advertisements

Persoalannnya di sini, adakah UEFA memang sudah merancang pertemuan antara dua kambing ini?

Bagaimanapun pihak UEFA sudah menyelesaikan masalah tersebut dimana undian semula telah dilakukan dan keputusan penuh undian sebelum ni dikira batal.

Ini sekaligus dapat menarik lafaz lega buat peminat Manchester United dan PSG namun sedikit sebanyak mengecewakan peminat selain daripada dua pasukan tersebut oleh kerana ramai peminat mahukan pertembungan dua kambing ini di atas padang yang sama.

Advertisements

Liverpool dijadualkan akan bertemu Inter Milan dan Real Madrid akan bertemu PSG. Dua perlawanan ini juga dikatakan bakal menjadi pertembungan menarik bagi peringkat pusingan kalah mati ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram