UCL: PSG Bergelut Diikat Newcastle United
UEFA Champions League
PSG
Advertisements

Paris Saint-Germain (PSG) semakin hampir layak ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara UEFA (UCL) apabila seri 1-1 dengan Newcastle United awal pagi ini.

Dengan persaingan dalam Kumpulan F masih terbuka, PSG memerlukan kemenangan bagi memperkukuh kedudukan sebagai pendahulu kumpulan.

Sementara The Magpies pula perlu menang sekiranya mahu merampas tempat kedua daripada gergasi Jerman, Borussia Dortmund.

Advertisements

United yang masih segar daripada kejayaan mengalahkan Chelsea 4-1 pada minggu lepas mendahului pada minit ke-24 menerusi Alexander Isak.

Tersentak, PSG cuba mendapatkan gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, PSG mendominasi babak kedua bagi mendapatkan gol penyamaan.

Advertisements

Kesungguhan mereka akhirnya membuahkan hasil apabila VAR mengesan kekasaran ke atas Ousmane Dembele dalam kotak penalti pada minit ke-96.

Ayam tambatan Perancis, Kylian Mbappe tenang menyempurnakan penalti menewaskan Nick Pope bagi memastikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Keputusan ini menyaksikan PSG mendahului Kumpulan F dengan 10 mata. Manakala The Magpies pula di tangga ketiga dengan lima mata.

Advertisements

Sofascore memilih Fabian Ruiz sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.2 mata. Sementara Pope dipilih pemain terbaik Newcastle dengan markah 7.9 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram