UCL: PSG Ke Pusingan 16 Pasukan Terbaik, Seri Dengan Borussia Dortmund
UEFA Champions League
Borussia Dortmund
Advertisements

Paris Saint-Germain (PSG) bangkit daripada ketinggalan sebelum mengikat kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan F hari ini.

PSG perlu menang atau seri ke atas Der BVB sambil mengharapkan Newcastle United menghalang AC Milan daripada meraih kelebihan gol dalam satu lagi aksi kumpulan.

Ini kerana itu yang diperlukan anak-anak buah Luis Enrique jika mahu mengiringi Dortmund ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan. Ini sekaligus menghasilkan keputusan 0-0 sehingga rehat separuh masa.

Perlawanan mula rancak pada babak kedua. Karim Adeyemi meletakkan Dortmund di hadapan pada minit ke-51.

Advertisements

Tersentak, Les Parisien melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah gawang tuan rumah yang dikawal kapten, Gregor Kobel.

Kesungguhan pasukan pelawat akhirnya membuahkan hasil menerusi gol bintang muda Perancis, Warren Zaire-Emery pada minit ke-56.

Advertisements

Gol tersebut turut menjadikan beliau sebagai penjaring gol termuda Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dari Perancis. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Walaupun PSG berkongsi lapan mata dengan Milan, mereka memiliki kelebihan gol ke atas kelab gergasi Itali itu. Itu sudah cukup buat Les Parisien mengiringi Dortmund ke pusingan seterusnya.

Advertisements

Sofascore memilih Kylian Mbappe dan Marco Reus sebagai pemain terbaik kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini. Kedua-duanya menerima markah penilaian yang sama iaitu 7.8 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram