Perlawanan suku akhir dua bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah hari ini menyaksikan pertembungan di antara Manchester City menentang Real Madrid yang berakhir dengan keputusan 1-1.
Real Madrid layak ke separuh akhir selepas menang menerusi penentuan sepakan penalti Manchester City (3-4) Real Madrid.
Skuad kendalian Pep Guardiola turun dengan kelebihan beraksi di laman sendiri manakala Real Madrid berdepan sedikit tekanan kerana keputusan pada aksi suku akhir pertama berakhir dengan keputusan Real Madrid 2-2 Manchester City.
Perlawanan bermula rancak apabila kedua dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.
Seawal 12 permainan, Real Madrid membuka jaringan menerusi Rodrygo dengan rembatan deras menewaskan penjaga gol Man City, Ederson.
The Citizen dilihat menguasai permainan pada separuh masa pertama dengan mencatatkan 64 peratus penguasaan bola sementara Real Madrid hanya 47 peratus.
Ianya tidak menjadi halangan buat skuad kendalian Carlo Ancelotti mendahului dengan kelebihan satu jaringan.
Separuh masa kedua bermula asakan bertali arus daripada Man City, 15 cubaan berjaya dilancarkan sementara Real Madrid hanya membuat 1 percubaan.
Akhirnya pada minit ke-78, Kevin De Bruyne menyamakan kedudukan menerusi rembatan dalam kotak penalti selepas pergelutan berlaku.
Keputusan seri itu diheret ke masa tambahan, namun tiada sebarang jaringan yang dapat dihasilkan oleh kedua pasukan. Oleh itu, dibawa ke penentuan sepakan penalti.
Bernardo Silva dan Kovacic gagal menyempurnakan sepakan penalti selain Alvarez, Phil Foden dan Ederson berjaya sementara Real Madrid hanya seorang iaitu Luka Modric yang lain seperti Jude Bellingham, L. Vazquez, N. Fernandez dan Rudiger berjaya dengan sempurnanya.
Selepas ini, The Citizen bakal hadapi aksi separuh akhir Piala FA bertemu Chelsea pada 21 April ini manakal Real Madrid bakal bertemu Barcelona pada 22 April bagi saingan Liga Sepanyol.