Advertising
UCL: Real Madrid Singkir RB Leipzig, Mara Ke Suku Akhir
UEFA Champions League
MakanBola
RB Leipzig

Perlawanan pusingan 16 bagi saingan Liga Juara-juara Eropah pagi ini menyaksikan pertembungan Real Madrid dan RB Leipzig berakhir dengan keputusan 1-1. 

Sebelum ini, Real Madrid tewaskan jaringan 1-0 bagi perlawanan pertama pusingan ke-16. Ini menyaksikan Real Madrid layak ke pusingan suku akhir selepas menang dengan agregat (2-1)

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, penguasaan permainan dilihat seimbang apabila Real Madrid mencatatkan 56 peratus dan RB Leipzig 44 peratus.

Ad

Real Madrid hanya mencatatkan 3 sepakan sahaja, tiada sepakan tepat sementara RB Leipzig mencatatkan 6 sepakan dan 1 sepakan tepat ke sasaran.

Ad

Pemain sayap Real Madrid, Viniscus Jr membuka jaringan pertama pasukan apabila mudah menyempurnakan hantara bijak daripada Jude Bellingham pada minit ke-65 permainan. 

Selang tiga minit permainan, RB Leipzig berjaya menyamakan kedudukan jaringan menerusi kapten pasukan Willi Orban yang menanduk masuk ke arah gawang gol selepas menerima hantara lintang daripada David Raum.

Ad
Ad

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Real Madrid layak ke pusingan seterusnya pada bulan April nanti.