UCL: Senarai 16 Kelab Terbaik, Juventus Diberi Harapan Palsu
MakanBola
Juventus FC

Impian Juventus untuk mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini terkubur saat akhir meskipun sempat berada di ambang kejayaan pada satu ketika.

Saingan UCL kini akan memasuki peringkat yang dinantikan selepas 8 perlawanan di pusingan liga dan play-off berakhir yang menyaksikan 16 kelab berbaki bagi merebut kejuaraan.

Carta kedudukan pusingan liga UCL memaparkan 8 pasukan teratas yang layak secara automatik ke pusingan 16 terbaik antaranya Arsenal, Bayern Munich, Liverpool dan Tottenham Hotspurs.

Sementara 4 lagi pasukan iaitu Barcelona, Chelsea, Sporting Lisbon dan Manchester City turut mendapat tiket automatik selepas berada dalam kelompok 8 kelab teratas dalam carta liga.

Pusingan play-off UCL pula menemukan kelab di kedudukan ke-9 hingga 24 yang berentap sesama sendiri secara timbal balik untuk merebut 8 lagi tempat ke pusingan 16 terbaik ini nanti.

Hasilnya, 8 pasukan yang memenangi pusingan play-off ini akhirnya terjawab iaitu Atletico Madrid, Bayer Leverkusen, Bodo/Glimt, Newcastle United, Atalanta, Galatasaray, PSG dan Real Madrid.

Kesemua pasukan ini berjaya menyingkirkan lawan masing-masing di pusingan play-off bagi turut serta bersama 8 lagi kelab yang terlebih dahulu layak berbekalkan slot automatik sebelum ini.

Perlawanan yang menjadi tumpuan ramai pastinya aksi antara Juventus vs Galatasaray yang memihak pasukan pelawat yang berjaya meranapkan misi kebangkitan kelab gergasi Itali itu.

3 gol dijaringkan oleh Juventus untuk mengikat agregat 5-5 namun Galatasaray membalas dengan dua jaringan di masa tambahan sekali gus membawa wakil Turki itu ke pusingan 16 terbaik UCL.

Berikut Senarai Pasukan Berjaya Layak Ke Pusingan 16 Terbaik UCL

1- Arsenal.
2- Bayern Munich.
3- Liverpool.
4- Tottenham Hotspurs.
5- Barcelona.
6- Chelsea.
7- Sporting Lisbon.
8- Manchester City.
9- Atletico Madrid.
10- Bayer Leverkusen.
11- Bodo/Glimt.
12- Newcastle United.
13- Atalanta.
14- Galatasaray.
15- PSG.
16- Real Madrid.