UECL: Chelsea Tepati Ramalan Juara, Bangkit Atasi Real Betis
MakanBola
UEFA Conference League

Chelsea mengesahkan kejuaraan UEFA Conference League (UECL) apabila menumpaskan kelab Sepanyol, Real Betis di final pada awal pagi Khamis.

Perlawanan akhir UECL berdepan Real Betis ini menjadi ujian terakhir sebelum Chelsea bergelar juara selepas menempuh suatu perjalanan yang cukup cemerlang selaku antara kelab pilihan.

Gandiangan Cole Palmer dan Nicolas Jackson jadi sandaran Chelsea bagi menggempur kubu lawan manakala Real Betis pula pertaruh bisa yang dimiliki oleh bintang sayap terkenal, Antony.

Jaringan pembukaan berjaya dihasilkan oleh pemain sayap Real Betis, Abdessamad Ezzazouli yang menerima hantaran Isco sebelum merembat deras hingga menembusi pintu gol Chelsea.

Separuh masa pertama tamat, Real Betis 1-0 Chelsea.

Aksi bersambung di babak kedua menyaksikan Chelsea tidak mengalah dan terus mengasak hingga berjaya mencetak gol penyamaan hasil tandukan cantik Enzo Fernandez pada minit ke-65.

5 minit berselang, gawang Real Betis bocor sekali lagi untuk kali kedua apabila penyerang berbisa, Nicolas Jackson tiba dengan satu lagi gol tandukan berpunca dari hantaran Cole Palmer.

Pemain sayap, Jadon Sancho juga tidak melepaskan peluang untuk berada dalam senarai penjaring dengan gol ke-3 untuk Chelsea menerusi satu rembatan lencong yang mengelirukan Adrian.

Pada masa tambahan, Moises Caicedo melengkapkan malam yang penuh gemilang buat Chelsea dengan jaringan keempat hasil sepakan kaki kanan dari luar kotak penalti untuk sahkan kemenangan.

Pertemuan di Wroclaw, Poland ini berakhir dengan keputusan 4-1 memihak Chelsea.

Ini adalah kali pertama Chelsea muncul juara UECL semenjak kejohanan ini diperkenalkan pada musim 2021-2022 lalu.