Advertising
UEL: Manchester United Bakal Hadapi Real Sociedad
Eropah
MakanBola
Manchester United

Manchester United bakal berdepan cabaran kelab Basque, Real Sociedad dalam pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa UEFA (UEL).

Ini selepas cabutan undi dibuat bagi menentukan pasukan mana yang bakal berentap di peringkat tersebut.

Ad

The Red Devils berharap dapat meneruskan rekod baik mereka dengan kelab La Liga itu. Ini kerana berdasarkan rekod pertemuan lalu, United menang tiga kali dan seri dua kali.

Ad

Satu-satunya kekalahan United di tangan anak buah Imanol Alguacil itu berlaku dalam kejohanan sama musim 2022/23.

The Red Devils yang ketika itu dibimbing Erik ten Hag tewas 1-0 kepada Sociedad di Old Trafford. Brais Mendez muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan pada separuh masa kedua.

Ad

Sekiranya United berjaya mengatasi Sociedad, pasukan itu berpeluang bertemu dengan FCSB atau kelab gergasi Perancis, Olympique Lyon di peringkat suku akhir.

Ad

Sekiranya United bertemu dengan FCSB di peringkat suku akhir, maka ini dilihat peluang buat kelab Romania itu membalas dendam dengan anak buah Ruben Amorim itu. Ini kerana FCSB tewas kepada United di peringkat liga UEL baru-baru ini.

Ad

Liga Europa dilihat antara trofi yang berpotensi dimenangi United untuk musim 2024/25 selain The Emirates FA Cup.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments