Manchester United terpaksa akur terikat seri dalam aksi pusingan 16 terakhir UEFA Europe League (UEL) bertemu Real Sociedad.
Pertemuan ini mencuri perhatian ramai apabila Manchester United turun dengan misi meneruskan rekod tanpa kalah di Eropah tatkala Real Sociedad mahu mencari bekalan selesa di laman sendiri.
Hanya 3 pertukaran dibuat oleh United dalam senarai pemain dengan kembalinya Patrick Dorgu di posisi bek kiri manakala Takefuso Kubo serta Mikel Oyarzabal ketuai jentera serangan Real Sociedad.
United miliki peluang terbaik untuk menjaringkan gol pertama namun rembatan oleh Bruno Fernandes dihalang pihak lawan begitu juga dengan percubaan susulan oleh Joshua Zirkzee
Separuh masa pertama tamat, Real Sociedad 0-0 Manchester United.
Kembali ke babak kedua, kebuntuan jaringan terlerai pada minit ke-57 menerusi rembatan kencang Joshua Zirkzee setelah menerima lorongan berkualiti Alejandro Garnacho.
Hasrat United untuk mencapai kemenangan tak kesampaian apabila Sociedad diberikan sepakan penalti pada minit ke-68 setelah bola mengenai tangan kapten, Bruno Fernandes.
Sepakan penalti itu dengan tenang disudahkan oleh pemain serangan, Mikel Oyarzabal bagi memastikan Real Sociedad berjaya menghalang United membawa bekalan ke England nanti.
Aksi di Reale Arena berakhir dengan keputusan 1-1.
Perlawanan timbal balik kedua akan dilangsungkan pada 14 Mac ini di Old Trafford dengan sepak mula tepat jam 4 pagi waktu Malaysia.