Advertising
FA Cup: Fulham Pastikan Manchester United Sahur Berteman Air Mata
MakanBola
Manchester United FC

Manchester United terpaksa akur tersingkir dari saingan FA Cup setelah tumpas di tangan Fulham pada awal pagi Isnin.

Setelah bangkit penuh bergaya menewaskan Ipswich Town dalam aksi liga Khamis lalu, Manchester United kini beralih fokus kepada saingan FA Cup bertemu Fulham di pusingan ke-5.

Walaupun berdepan kritikan pada aksi tempoh hari, Andre Onana kekal menjadi taruhan Manchester United di posisi penjaga gol tatkala Fulham diketuai oleh bek kiri, Antonee Robinson.

Ad

Sejak minit pertama, pertarungan berlangsung cukup sengit dengan United memiliki peluang menerusi Bruno Fernandes begitu juga Fulham yang sempat menguji Onana di pintu gol.

Kebuntuan jaringan akhirnya terlerai apabila Calvin Bassey menanduk masuk gol pertama perlawanan buat Fulham di masa tambahan untuk pelawat mendahului sebelum rehat.

Ad
Ad

Separuh masa pertama tamat, Manchester United 0-1 Fulham.

Ad

Bersambung babak kedua, Ruben Amorim membawa masuk pemain yang berusia 17 tahun, Chidi Obi-Martin di bahagian serangan dalam usaha Manchester United bagi mencari gol.

Usaha berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila Bruno Fernandes meledak jaringan penyamaan di minit ke-71 hasil hantaran lintang Diogo Dalot untuk United mengikat skor 1-1.

Aksi 90 minit di Old Ttafford berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Pertarungan berlanjutan sehingga ke penentuan sepakan penalti dengan Victor Lindelof dan Joshua Zikrzee gagal menyudahkan tugasan untuk Fulham layak ke suku akhir.

Selepas ini, United akan fokus kepada aksi pusingan 16 UEFA Europa League menentang Real Sociedad sementara Fulham akan bertemu Brighton & Hove Albion dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments