Ads
Ujian Berat Menanti Imigresen
Liga A1
Imigresen FC

Pengendali Imigresen FC, Mat Zan Mat Aris mengakui pasukannya bakal berdepan ujian lebih sukar selepas ini dalam saingan Liga A1 Semi Pro.

Advertisements

Tiga aksi awal liga musim 2024/25 menyaksikan Imigresen mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut. Selepas menewaskan UiTM United pada 1 Jun lalu, The Mighty Tigers kemudiannya menewaskan Harini FT dan Machan FC.

Advertisements

Tiga siri kemenangan ini turut dibantu dengan sumbangan penyerang import Imigresen, ThankGod Michael Ogwuche. Ogwuche ketika ini mengetuai carta penjaring terbanyak liga dengan lima gol.

Advertisements
Advertisements

Meskipun gembira dengan pencapaian anak buahnya, Mat Zan melihat Imigresen perlu tampil lebih mantap bila mengharungi aksi-aksi seterusnya.

Ini kerana empat aksi liga seterusnya menyaksikan The Mighty Tigers bakal berdepan Bunga Raya Damansara FC (BR Damansara), PT Athletic FC, Malaysian University dan Bukit Tambun FC.

Advertisements

“Alhamdulillah, kita dapat mata maksimum dari tiga perlawanan. Tapi selepas ini, kita akan berjumpa pasukan-pasukan yang boleh kata pasukan sukarlah.

“Jadi, banyaklah perlawanan yang sukar. Kita perlu membuat persediaan dan kerja rumah apa semua (untuk aksi-aksi itu),” katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir untuk Nadi Arena baru-baru ini.

Advertisements

Selepas tiga perlawanan, juara liga edisi 2023 itu bertakhta sebagai pendahulu liga dengan sembilan mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram