Advertisements
Ulsan HD Cabar Kedudukan JDT
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jaguh Korea Selatan, Ulsan UD kembali memberi tekanan kepada kedudukan kelab Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cemerlang selepas menundukkan wakil China, Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Harimau Selatan juga telah mengikat satu lagi wakil China, Shanghai Port pada aksi pembukaan AFC Champions League Elite (ACLE) di tempat lawan.

JDT telah memintas kedudukan Ulsan HD di Asia apabila kini berada di tangga ke-5 manakala anak buah Kim Pan-gon di tangga ke-6.

Ulsan HD kini mengumpul 78.6 mata dan hanya dipisahkan 0.1 mata dengan Harimau Selatan beradasarkan kemas kini laman Opta Analyst.

Jaguh Asia kekal menjadi milik Al-Hilal dengan 86.1 mata disusuli oleh Al-Nassr (83.6 mata) dan juga Vissel Kobe (81.4 mata).

Aksi terakhir menyaksikan Ulsan HD mengatasi Gimcheon manakala dengan JDT tidak tewas dalam 5 perlawanan terakhir.

Aksi seterusnya di ACLE menyaksikan Ulsan HD akan bertemu jaguh Jepun, Vissel Kobe sementara JDT akan berdepan Gwangju pada 22 Oktober 2024 jam 6 petang.