Ultras Kelantan Ucapkan Terima Kasih Kepada Johor

Ultras Kelantan Ultras Kelantan Ucapkan Terima Kasih Kepada Johor
Foto: JDT TV
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Aksi suku akhir kedua antara Johor Darul Ta’zim dan Kelantan berakhir dengan kemenangan diraih JDT dengan keputusan 5-0. Secara agregat, Harimau Selatan menang 8-0 keatas Kelantan sekaligus melayakkan diri ke pentas separuh akhir Piala Malaysia 2022.

Tewas di tangan JDT 3-0 dalam aksi suku akhir pertama tempoh hari, keputusan itu tidak melunturkan semangat penyokong-penyokong The Red Warrior untuk datang ke Stadium Sultan Ibrahim. Rata-rata dari mereka tetap berbangga dan hadir memberikan sokongan buat skuad kendalian Rezal Zambery Yahya.

Biarpun terpaksa akur dengan kehebatan gergasi dari selatan, para penyokong Kelantan dilihat tetap memberi sokongan padu buat pasukan. Ketika aksi masih berbaki dan Kelantan sudahpun jauh ketinggalan, mereka tidak sesekali berganjak dari tempat duduk dan tetap bersorak sehingga tamat perlawanan.

Satu chant Ultras Kelantan yang sempat dirakam seorang pengguna Tiktok turut tular. Ultras Kelantan atau lebih dikenali dengan jolokan Gate H Boys melaungkan chant sebagai tanda berterima kasih kepada Johor Darul Ta’zim.

“Terima kasih, terima kasih penyokong Johor. Terima kasih, terima kasih penyokong Johor,” laung Ultras Kelantan.

Atas semangat kesukanan yang tinggi, salam silaturrahim daripada Gate H Boys turut disambut baik penyokong-penyokong JDT. Dalam satu hantaran di laman Facebook, Gate H Boys menzahirkan rasa teruja dengan sambutan yang diberikan.

Mereka turut mengharapkan hubungan erat ini akan terus terjalin demi kelangsungan dan kemeriahakan kancah Liga Malaysia. Kemenangan JDT pada semalam menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio ini bakal berdepan Sabah dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia 2022.