Advertisements
Ultras Panthers: Dah Semua Keluar, Tahun Hadapan Kita Main Futsal Ka?
Dunia
MakanBola
Official Penang FC

Jendela perpindahan musim 2022 kini semakin rancak dan hangat diperbualkan peminat bola sepak tempatan. Sejak kelmarin, pihak Penang FC telah mengumumkan nama-nama pemain yang tidak lagi bersama pasukan itu untuk musim hadapan.

Antara nama-nama yang telah rasmi meninggalkan pasukan Penang FC ialah Sheriddin Boboev, Ryuji Utomo, Samuel Somerville, Amer Azhaar, Al-Hafiz Harun, Azmer Aris, Khairu Azrin, Quentin Cheng, D. Saarvindran, Suwarnaraj, David Rowley, Azwan Aripin, Bryan See, Asyraff Omar, Wan Mohd Faiz, Azim Rahim, Fauzan Fauzi, Marcus Mah dan Afif Azman.

Seramai 19 orang pemain ini yang telah sah meninggalkan pasukan. Perkara ini telah mendapat perhatian Die Hard Fans pasukan Penang FC, Ultras Panthers yang tampil mengulas di Twitter berkaitan situasi yang sedang melanda pasukan Penang FC.

Jelas Ultras Panthers, setakat ini trio Brazil iaitu Casagrande, Endrick Dos Santos dan Rafa Victor masih dikekalkan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2022. Namun yang menjadi tanda tanya penyokong Pulau Pinang ini ialah mengapa terlalu ramai pemain Penang FC yang memilih untuk berhijrah ke pasukan lain.

Menurut Ultras Panthers, pembayaran gaji para pemain untuk musim ini sentiasa tepat pada waktunya dan tahun ini tidak ada kedengaran isu-isu tunggakan gaji yang melanda pasukan.

“Gaji tiap-tiap bulan bayaq on time pun masih tak menjamin apa-apa. 2021 Penang FC takdak masalah tunggakan gaji.”

Walau bagaimanapun, Ultras Panthers tetap menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pemain yang telah berbakti kepada pasukan Penang. Mereka sangat berbangga dengan pencapaian untuk musim 2021 dimana pasukan Penang berjaya menempatkan diri di kelompok 3 terbaik dalam liga.

“Terima kasih pada yang pergi. Kami di sini setia berada bersama pasukan walau apa yg terjadi.”

Related Articles