“Umur Hanyalah Angka” – Lee Tuck
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain naturalisasi terbaru kebangsaan, Lee Tuck menjelaskan bahawa umur bukan penghalang selepas beliau menunjukkan prestasi yang terbaik buat pasukan ketika dua aksi persahabatan bertemu Kemboja dan Maldives.

Pemain berusia 34 tahun itu akui kemampuannya seperti pemain muda yang lain, akan tetapi beliau tetap perlu bekerja keras mengekalkan stamina untuk beraksi dengan lebih cemerlang.

Beliau merupakan pemain yang baru sahaja dinaturalisasikan bersama-sama Sergio Aguero terus menunjukkan impak yang luar biasa buat pasukan kebangsaan sekaligus mendapat pujian ramai.

Advertisements

”Umur hanyalah sekadar angka, saya sentiasa menjaga diri saya di dalam dan luar padang,” katanya.

“Saya merasa muda sepertimana pemain yang lain cuma saya perlu lebih bekerja keras dan kekalkan kecergasaan,” ujarnya kepada Harimau Malaya.

Harimau Malaya akan membuka saingan Piala AFF 2022 berdepan Myanmar di Stadium Thuwunna, pada 21 Disember ini. 

Advertisements

Sebagai rekod, Lee Tuck telah meledak gol pada debutnya untuk membantu skuad negara menang dengan keputusan 3-0 ke atas Kemboja dan menjaringkan satu lagi gol selepas masuk sebagai pemain gantian ketika Malaysia menentang Maldives.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram