“Untung Siapa Dapat Budak Ini” – Akram Mahinan
Harimau Malaya
KL City FC/FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah KL City FC, Akram Mahinan percaya mana-mana pasukan yang mendapat khidmat rakan sepasukannya, Azim Al Amin Kamaruddin sebagai pasukan yang bertuah.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu berpandangan sedemikian kerana yakin dengan kemampuan beliau sebagai penjaga gol yang boleh diharap.

Ini selepas Azim mempamerkan prestasi cemerlang dalam perlawanan Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) menentang skuad China B-23 semalam.

Advertisements

Penjaga gol berusia 22 tahun itu berjaya menepis setiap percubaan tuan rumah sebelum Harith Haiqal Adam Afkar menyumbat gol kemenangan buat Harimau Muda.

“Untung siapa dapat budak (Azim Al Amin) ini. Tak tipu punya,” kata Akram di akaun X peribadinya semalam.

Perlawanan semalam merupakan penampilan keempat Azim bersama skuad B-23 negara dan kekal tanpa bolos sebanyak dua kali.

Advertisements

Beliau juga merekodkan enam penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M) termasuk Piala FA. Kejayaan Azim menepis dua penalti Terengganu FC membantu KL City layak ke final Piala FA 2023.

Skuad muda negara bakal menentang China buat kali kedua di Shanghai pada 26 Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram