Urawa Red Diamonds Terus Ketandusan Kemenangan
Dunia
Urawa Red Diamonds
Advertisements

Pasukan gergasi Liga Jepun, Urawa Red Diamonds terus hilang rentak dalam usaha untuk kekal bersaing dalam J-League selepas terikat 0-0 ketika menentang Sanfrecce baru-baru ini.

Prestasi terumbang-ambing pasukan ini berterusan sungguhpun beraksi dengan cukup baik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Sungguhpun memulakan perlawanan dengan agak meyakinkan, mereka jelas kelihatan tercari-cari rentak terutamanya barisan serangan yang dilihat gagal menterjemahkan beberapa peluang terhidang.

Advertisements

Urawa sememangnya gagal menandingi kemampuan pasukan yang berada di tangga ke-6 liga ini dan terpaksa berpuas hati sekadar meraih satu mata.

Walau bagaimanapun, ini sudah pasti memberi tamparan yang cukup hebat buat pasukan kendalian R. Rodriguez yang sudah kemarau kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir.

Sungguhpun begitu, mereka jelas beraksi dalam tekanan dengan barisan serangan yang kurang efisien dalam memanfaatkan peluang sungguhpun kekebalan barisan pertahanan mereka telah menjadi penyelamat.

Advertisements

Urawa Red Diamonds kini berada pada kedudukan ke-16 dalam liga utama Jepun itu selepas sekadar mencatat dua kemenangan daripada 12 perlawanan.

Mereka juga hanya sekadar menjaringkan 11 gol dan telah dibolosi dengan 10 gol sekaligus melalui fasa yang amat sukar ketika ini.

Ini sedikit sebanyak dapat memberi keyakinan buat para pemain JDT untuk turun dan memberikan yang terbaik apabila mereka dijadualkan bertemu Ogos ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram