Urawa Reds Dalam Kondisi Terburuk, Laluan Cerah Buat JDT

Penyokong Johor Darul Tazim Urawa Reds Dalam Kondisi Terburuk, Laluan Cerah Buat JDT
Johor Southern Tigers
Alif Syazani @SyazaniAlif
9:24pm 06/05/2022

Pertembungan bagi pusingan 16 terakhir dalam saingan Asian Champion League 2022 menyaksikan pasukan gergasi Asean, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menentang pasukan gergasi dari Jepun, Urawa Red Diamonds. 

JDT dilihat berpotensi dan berpeluang besar untuk mencipta kejutan membenam urawa red diamond oleh kerana prestasi tak menentu dan kurang konsistennya pasukan itu dalam saingan liga. 

Urawa Red Diamond atau lebih dikenali sebagai Red Devils kini berada di tangga tercorot saingan Liga Utama Jepun. 

Pasukan kendalian Ricardo Rodriguez ini hanya mencatatkan dua kemenangan, empat seri serta empat kekalahan sepanjang 10 perlawanan setakat ini. 

Di peringkat kumpulan yang lepas, Urawa Reds muncul dalam Liga Juara-Juara Asia dan menduduki tempat kedua dalam Kumpulan F dibelakang pasukan dari Korea Selatan, Daegu FC. 

Ketika ini JDT pula sedang berada di kemuncak prestasi selepas mencatatkan rekod tanpa kalah 38 perlawanan di tempat pelawat. 

Semestinya, inilah masa yang sesuai buat JDT terus mempamerkan aksi cemerlang sekaligus mencipta sejarah untuk layak ke suku akhir dalam saingan Asian Champion League.