Vaksin Punca Daniel Ting ‘Break-Up’ Dengan KL City
Dunia
MakanBola
dan.s.ting
Advertisements

Ketiadaan pemain pertahanan KL City, Daniel Ting dalam pasukan The City boys pada musim ini akhirnya terjawab.

Pelbagai dakwaan yang mengatakan bahawa beliau bakal menyertai pasukan lain di Liga Super. Namun, Presiden KLFA, Khalid Samad akhirnya telah menjawab teka-teki mengenai situasi Daniel Ting yang sebenar.

Advertisements

Difahamkan, beliau enggan untuk mengambil suntikan vaksin antara sebab utama beliau ditamatkan kontrak lebih awal bersama KL City .

Pemain berusia 29 tahun itu telah bersama KL City sejak 2021 ketika mana musim tersebut adalah musim terbaik dalam kariernya sepanjang beliau beraksi di Liga Malaysia apabila berjaya membantu pasukan KL City merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2021 menewaskan pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim di pentas akhir.

Kini, pasukan KL City diambang kejatuhan oleh kerana difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif, Stanley Bernard dan juga Presiden KLFA, Khalid Samad bakal mengundur diri ekoran masalah campur tangan politik yang berlaku.

Advertisements

News Comments Account