Van Persie Bakal Latih Dua Bintang Indonesia
Eropah
Onsoranje
Advertisements

Bekas bintang Manchester United, Robbie Van Persie semakin hampir menyertai pasukan Liga Utama Belanda, SC Heerenven. 

Perkara ini dikongsikan oleh media utama dari Belanda, hahaha AD.nl yang menyatakan bahwa Van Persie bakal menjadi jurulatih pasukan tersebut. 

Van Persie berkemungkinan besar bakal melatih dua bintang Indonesia iaitu Nathan Tjoe-A-On dan Thom Haye. 

Advertisements

Thom Haye, berumur 29 tahun sudah menyertai SC Heereven sejak bulan Januari 2022. Pada musim ini sahaja, beliau yang beraksi di posisi tengah bertahan telah membuat penampilan sebanyak 28 perlawanan.

Pemain naturalisasi Indonesia ini telah menjaringkan 4 gol dan 3 bantuan jaringan dalam saingan Liga Belanda (Eridivisie). 

Bagi Nathan Tjoe-A pula, beraksi di posisi pertahanan tengah dan telah beraksi bersama SC Heereven bagi musim 2023/24 dan hanya mencatatkan 4 penampilan.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun ini sedang bersama skuad bawah 23 tahun Indonesia bagi menghadapi saingan Piala Asia B-23 yang tengah berlangsung ketika ini. 

Thom Haye juga baru-baru ini beraksi bersama skuad senior Indonesia bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Vietnam.

Robbie Van Persie bakal menjadikan SC Heereven sebagai kelab pertama buatnya untuk tugasan pertama sebagai jurulatih.

Advertisements

Ketika ini, beliau memegang jawatan sebagai pambantu jurulatih bagi pasukan muda bawah 18 dan 19 tahun Feyenoord. Beliau telah berada dalam arena kejurulatihan sejak 2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram