TV
SF Edit
Advertisements

“Pakai tali pinggang anda, KJC Airways. Jaringan hebat Kobe Jae Chong yang memusnahkan jaring.” Tulis laman Twitter Non-League Gems yang mengemas kini dan mengenal pasti ‘bintang dalam pembikinan’ dari pasukan bukan liga utama di England.

Advertisements

Pemain warisan Malaysia, Kobe Jae Chong yang kini berumur 21 tahun menempa nama sebagai prospek masa depan AFC Telford United dengan jaringan luar biasa pada minit ke-31 pada 19 November lalu.

Dalam perlawanan tersebut, AFC Telford United berjaya menewaskan Kings Langley 1-2 di Gaywood Park dalam aksi pusingan ke-2 Trofi FA.

Advertisements

Jaringannya berjaya menarik perhatian laman Twitter pencari bakat @Non_LeagueGems yang menyifatkan jaringannya hebat dan luar biasa.

Bersama AFC Telford, Kobe Chong kini beraksi lebih 7 perlawanan sekaligus memperoleh pengalaman berharga di bumi England yang lebih kompetitif.

Advertisements

Kobe Chong merupakan antara pemain muda warisan Malaysia yang berada dalam radar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sentiasa mengenal pasti bakat pemain warisan yang beraksi di luar negara untuk diserapkan ke skuad kebangsaan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram