Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor pada Majlis Kebajikan Keluarga Kedah hari ini telah memberi pantun empat kerat berkait dengan final Piala Malaysia semalam.


YAB Sanusi dan Delegasi Kerajaan Negeri Kedah ke Mesir bagi sesi beramah mesra bersama anak-anak Kedah di Mesir. Pantun itu dilontarkan Sanusi ketika ucapan pembukaan ketika merasmikan majlis Mesra 21.


“Anak-anak yang dikasihi sekalian, saya ada pantun. Satgi saya takut saya lupa.”

“Dari Kedah ke Singapura, singgah di KL membeli gula, saya membawa berita gembira, JDT kalah lawan bola”.


Pantun itu turut disambut dengan sorakan dan tepukan yang menghangatkan suasana dewan.


Tags: