Video: Penalti Sanusi Melambung
Hiburan
Muhammad Sanusi Md Nor
Advertisements

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah turun beraksi dalam perlawanan bola sepak persahabatan di antara Pilihan Menteri Besar dan Gacor FC di Stadium Suka Menanti, Alor Setar semalam.

Dalam perlawanan sengit itu, YB Sanusi menunjukkan aksi luar biasa apabila berjaya meledak dua gol untuk pasukannya. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3.

Satu lagi gol pasukan Pilihan Menteri Besar telah dijaringkan oleh bekas pemain Kedah dan Sabah yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, YB Baddrol Bakhtiar.

Advertisements

Perlawanan terpaksa dilanjutkan sehingga ke penentuan sepakan penalti yang akhirnya menyaksikan kemenangan berpihak kepada PIlihan Menteri Besar.

Perlawanan yang dibanjiri rakyat negeri Kedah itu turut menyaksikan YB Sanusi terlepas untuk mencipta hatrik apabila sepakan penaltinya melambung tinggi.

Situasi tersebut mengundang gelak tawa di kalangan pemain dan penyokong apabila penalti yang diambil YB Sanusi bukan sahaja melepasi gawang gol bola sepak malah ianya turut melepasi pintu gol ragbi yang diletakkan sedikit ke belakang.

Advertisements

Pasukan Pilihan Menteri Besar turut diperkuatkan beberapa nama besar seperti Rizal Ghazali, Baddrol Bakhtiar, Radhi Mat Din, Zaquan Adha dan juga pemain Kedah Darul Aman FC, Fadzrul Danel.

Manakala pemain Gacor FC dibarisi selebriti tanah air seperti Acap S, Fad Bocey, Achey Bocey, Mamak Puteh dan Shashic Iewan.

Sepakan Penalti YB Sanusi DI SINI.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram