Video: Ribuan Penyokong Al-Seeb Mahu ‘Tawan’ Bukit Jalil
Dunia
@seeb.vip
Advertisements

Perlawanan akhir menemukan KL City dan Al-Seeb petang ini dijangka hangat selepas ribuan penyokong Al-Seeb dilihat terbang ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan perlawanan akhir ini.

Berdasarkan maklumat yang diterima dan rakaman-rakaman yang ditularkan oleh laman penyokong Al-Seeb, beberapa penerbangan dari Oman ditempah untuk membawa penyokong ke Bukit Jalil.

Penyokong Al-Seeb dilihat menyanyi dan bersorak di lapangan terbang Muscat, Oman dan mereka sudah mula sampai ke Kuala Lumpur secara berperingkat sejak 2 hari lalu.

Advertisements

Setakat jam 11 pagi ini, penyokong Al-Seeb turut dilihat sudah mula berada di perkarangan Stadium Bukit Jalil dan mereka bergerak dalam beberapa kumpulan.

Sementara itu, Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) menjangkakan lebih 30,000 penyokong bakal hadir ke Stadium Bukit Jalil menyaksikan perlawanan akhir ini dan menasihatkan agar semua penyokong yang hadir merancang perjalanan dengan baik.

Tiket perlawanan masih dijual secara dalam talian dan perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga waktu perlawanan bermula jam 7.00 malam ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram