Vietnam B-23 Tempang Awal Berdepan Malaysia
Asia Tenggara
Vietnam FF
Advertisements

Berita sedih menimpa kem B-23 Vietnam apabila penyerang sensasi mereka Dinh Bac mengalami kecederaan ligamen buku lali.

Beliau terpaksa dikeluarkan pada minit kelima perlawanan ketika aksi pertama kempen Piala Asia B-23 2024 menentang Kuwait pada 17 April lalu.

Ini menyasikan penyerang berbakat Vietnam ini bakal terlepas daripada beraksi pada baki dua perlawanan peringkat Kumpulan D kempen Piala Asia U23 2024. Skuad Vietnam dilihat tempang dengan kehilangan Dinh Bac tatkala mereka bakal mengharungi aksi berdepan Malaysia dan Uzbekistan kelak.

Advertisements

Dalam pada itu, pengendali Vietnam, Hoang Anh Tuan dijangka bakal mempertaruhkan khidmat pemain lain seperti Van Truong, Van Tung atau Vi Hao di bahagian serangan. Namun, ketiadaan Dinh Bac ini dianggap satu kerugian besar buat skuad B-23 Vietnam.

Menurut laporan yang dikeluarkan sebuah portal sukan Vietnam, malang turut menimpa buat pemain penyerang, Quoc Viet yang mengalami demam virus dan tidak mungkin dapat diturunkan dalam perlawanan seterusnya.

Pada aksi pertama kempen Piala Sia B-23 2024, Vietnam berjaya mencatat kemenangan bergaya menewaskan Kuwait dengan keputusan 3-1. 

Advertisements

Perlawanan seterusnya menyaksikan Vietnam bakal berdepan cabaran skuad muda negara, Malaysia pada esok, 20 April 2024. Sekiranya Vietnam mampu menewaskan Malaysia, skuad ini akan secara automatik layak ke pusingan suku akhir untuk kejohanan kali ini ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram