Ads
Vietnam Bakal Ada Penyerang Naturalisasi Baharu
Asia Tenggara
Nam Dinh FC

Skuad kebangsaan Vietnam berpotensi memiliki seorang penyerang naturalisasi baru.

Advertisements

VNExpress melaporkan penyerang berbisa Nam Dinh, Rafaelson telah menghantar borang permohonan untuk menjadi warga Vietnam.

Advertisements

Ini selepas Jabatan Keadilan Wilayah Nam Dinh telah menghantar laporan permohonan kerakyatan penyerang berusia 27 tahun itu kepada Jawatankuasa Wilayah Rakyat Vietnam.

Advertisements
Advertisements

Jawatankuasa ini bertanggungjawab menilai permohonan kerakyatan yang dikemukakan termasuk memastikan semua dokumen yang diserahkan tulen dan tepat.

Sebelum mewarnai saingan liga Vietnam, Rafaelson pernah beraksi untuk kelab Jepun, Vegalta Sendai, Naestved (Denmark) dan EC Victoria (Brazil).

Advertisements

Beliau kemudiannya mewarnai saingan liga Vietnam dengan menyertai Nam Dinh, Da Nang dan Binh Dinh. Rafaelson kembali menyarung jersi Nam Dinh pada awal musim 2023/24.

Pilihan penyerang Brazil itu membuahkan hasil kerana beliau bukan saja membantu kelab itu bergelar juara V. League 1 musim berkenaan. Malah, Rafaelson turut menamatkan kempen sebagai pemenang Kasut Emas dengan 33 gol.

Sekiranya proses permohonan beliau berjalan lancar, Rafaelson bakal menjadi pilihan tambahan buat jurulatih Korea Selatan, Kim Sang-sik di bahagian serangan Vietnam.

Advertisements

Ini bukan kali pertama Vietnam meluluskan proses naturalisasi membabitkan pemain import. Antara pemain naturalisasi yang pernah mewakili Vietnam ialah Phan Van Santos (nama sebenar Fabio dos Santos) dan Huynh Kesley Alves (nama sebenar Kesley Alves).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram