Vietnam Bakal Bawa Masuk Jurulatih Perancis Ganti Park Hang-seo

park philipe Vietnam Bakal Bawa Masuk Jurulatih Perancis Ganti Park Hang-seo
Foto: Vietnam Sports News
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dikatakan bakal membawa masuk jurulatih dari Perancis, Philippe Troussier bagi mengantikan posisi Park Hang-seo.

Menurut sumber dari VN Express, pelantikan jurulatih berusia 67 tahun itu sebenarnya sudahpun mencapai kata sepakat kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun beliau belum diumumkan secara rasmi sebagai tanda menghormati kontrak bekas jurulatih, Park Hang-seo yang akan melepaskan jawatannya secara rasmi pada 31 Januari kelak.

Untuk makluman, Persekutuan Bola Sepak Vietnam kini sedang mencari penaja tambahan bagi membiayai gaji Philippe Troussier. Sebelum ini, gaji Park Hang-seo juga dibayar hasil bantuan daripada para penaja.

Philippe Troussier merupakan pengarah teknikal di pusat latihan Akademi Vietnam sejak Mac 2018. Beliau juga pernah mengendalikan skuad muda bawah 19 tahun Vietnam pada tahun 2019 dan 2021.

Bekas pengurus pasukan Jepun ini pernah bersama membantu Jepun menjuarai Piala Asia pada tahun 2000. Kini beliau bakal menyandang jawatan yang lebih mencabar untuk mengendalikan skuad utama Vietnam.