“Vietnam Berlatih Lama, Malaysia Hanya 4 Hari” – Khairul Effendy
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Tempoh persiapan yang berbeza melibatkan Vietnam dan Malaysia menjadi antara faktor skuad kebangsaan tumbang 0-3 kepada lawan dalam aksi persahabatan Sabtu lalu.

Menurut pemain kebangsaan, Khairul Effendy, pasukan Vietnam telah mempersiapkan pasukan mereka dalam tempoh yang lama memandangkan mereka bakal bersaing di Piala Asia Futsal.

Namun begitu, Khairul Effendy atau lebih mesra disapa Ayon berkata skuad kebangsaan yang tidak layak hanya mempunyai tempoh yang lebih singkat untuk berlatih bersama sebelum terbang ke Ho Chi Minh City bagi dua aksi persahabatan sebagai persiapan ke Kejohanan Futsal Asean.

Advertisements

“Apa yang Ayon (Khairul Effendy) boleh komen ialah Vietnam dah berlatih lama, mereka memang dalam persiapan untuk Piala Asia Futsal. Untuk Malaysia, sebab kita tak layak. Kemudian, sebelum kita berlepas ke Vietnam ini, kami cuma berlatih empat hari,” katanya kepada Astro Arena.

Meskipun tumbang dalam perlawanan Sabtu lalu, beliau sependapat dengan ketua jurulatih, Rakhpol Sainetngam bahawa skuad negara sudah bermain baik, namun keputusan perlawanan akan tetap menjadi kayu pengukur persembahan pasukan.

”Apa yang coach Hamee (Rakhpol Sainetngam) beritahu, kami tak bermain dengan teruk pada perlawanan (menentang Vietnam) itu, cuma bila kita bermain cantik pun, tapi kita kalah, kita tetap kalah. Itu saya setuju dengan coach Hamee,” tambah pemain Selangor FC itu.

Advertisements

Ayon antara tiga tonggak yang dipanggil oleh barisan kejurulatihan untuk memperkuat pasukan menentang Vietnam bagi menggantikan beberapa pemain yang digugurkan selepas kejohanan jemputan, NSDF Futsal Championship di Thailand dua minggu lalu.

Pada Sabtu lalu, skuad futsal kebangsaan tumbang 0-3 kepada Vietnam dalam aksi persahabatan pertama sebelum bangkit menewaskan lawan yang sama pada Isnin dengan keputusan 3-1 hasil jaringan Danial Dain, Awalluddin Mat Nawi dan Khairul Effendy sendiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram