Vietnam Mengadu Kepada AFF, Mahu Jurulatih Thailand Dihukum
Dunia
Changsuek
Advertisements

Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF) telah menghantar aduan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Asean (AFF) berikutan tindakan yang dianggap kurang baik daripada penolong jurulatih Thailand, Wasapol Kaewpaluk ketika final pertama Jumaat lalu.

Kejadian ini berlaku apabila jurulatih dan pemain duduk, Kaewpaluk dikesan berdiri di tengah-tengah bilik, berjalan ke sana ke mari dengan pandangan provokatif kepada media Vietnam.

Ketua jurulatih Gajah Perang, Mano Polking yang sempat melihat kejadian ini kurang senang dengan reaksi Kaewpaluk telah memberitahunya untuk duduk di tempat duduknya agar sidang media boleh dimulakan.

Advertisements

Sebahagian daripada staf kejurulatihan Thailand juga bertindak agresif dengan menendang pintu dan menjerit sekaligus menyebabkan VFF mahu mengambil tindakan.

Perkara ini jelas mengundang rasa kurang pihak Vietnam yang mahu tindakan penolong jurulatih Thailand ini diambil tindakan sewajarnya.

Mereka akan bertemu sekali lagi malam ini bagi mengesahkan juara Piala AFF 2022 dalam aksi di Stadium Thammasat, 8:30 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram