Vietnam Perkenal Pelan Pembangunan Bola Sepak Wanita
MakanBola
AFF

Vietnam mula mengorak langkah untuk membawa bola sepak wanita negara itu lebih ke hadapan.

ASEAN Football melaporkan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) telah membentangkan pelan jangka panjang untuk bola sepak wanita Vietnam.

Pelan yang dipanggil Strategi Pembangunan Bola Sepak Wanita berlangsung untuk tempoh dari 2024 hingga 2027. Pelan ini turut mendapat sokongan AFC dan UEFA.

Antara sasaran yang digariskan dalam pelan tersebut ialah Vietnam dalam berada dalam kelompok lima pasukan wanita terbaik Asia.

Selain itu, Vietnam juga turut meletakkan sasaran layak ke Piala Asia Wanita edisi 2026 dan 2029. Selepas layak ke Piala Dunia Wanita 2023, pasukan itu juga berharap dapat layak ke edisi 2031.

Vietnam berdepan tiga tugasan besar untuk tahun 2025. Pasukan itu bukan saja perlu mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2026.

Malah, mereka juga akan menempuh Kejohanan Wanita ASEAN 2025 dan Sukan SEA 2025.