Vietnam Terima Tiga ‘Hukuman’ Serentak
Asia Tenggara
AFC Asian Cup
Advertisements

Pasukan kebangsaan Vietnam menerima tiga hukuman dalam satu masa selepas berakhirnya dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026, Mac ini.

Perkhabaran pertama yang mengejutkan kem Red Dragons adalah apabila pasukan gergasi Asia Tenggara itu tunduk buat kali ke-3 berturut-turut kepada Indonesia.

Kekalahan 1-0 di Piala Asia 2023 merebak apabila anak didik Phillipe Troussier tunduk dengan keputusan 1-0 di gelanggang lawan.

Advertisements

Perkara paling memalukan adalah apabila Vietnam dikecewakan dengan keputusan 3-0 di laman aendiri sekaligus menyukarkan misi untuk mara ke pusingan ke-3.

Tamparan kedua diterima oleh pasukan apabila Troussier dipecat selepas hanya merekodkan 4 kemenangan dan 10 kekalahan sejak mengambil alih pasukan pertengahan tahun lalu.

Kekalahan ini juga memberi kesan kepada kedudukan ranking FIFA Vietnam apabila kehilangan status raja Asean kepada Thailand.

Advertisements

Vietnam kehilangan -30.04 mata dan turun 10 tangga ke kedudukan 110 dunia selain menjadi antara pasukan paling teruk pada bulan Mac.

Kedudukan ini menyaksikan Thailand menghuni tangga lebih baik iaitu 101 dunia sementara disusuli oleh Indonesia dan Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram