West Ham Malukan Aston Villa, Tunjukkan ‘Gameplay’ Berpasukan Tahap Tertinggi
EPL
Stadium Astro
Advertisements

West Ham United membelasah pasukan tuan rumah, Aston Villa 4-1 di Villa Park awal pagi tadi. Pasukan pelawat bermula garang dengan jaringan seawal minit ketujuh pemain muda England, Ben Johnson.

Penyerang sensasi England dan Aston Villa, Ollie Watkins menyamakan kedudukan pada minit ke-34 sebelum seorang lagi pemain England, Declan Rice menyumbat gol cantik daripada luar kotak penalti selang empat minit kemudian untuk memberikan kelebihan gol jaringan sebelum babak pertama berakhir.

Anak buah Dean Smith dilihat terus tertekan selepas pertahanan tengah Aston Villa, Ezri Konsa dilayangkan kad merah pada awal babak kedua. Ini memaksa Smith untuk membuat perubahan taktikal. Namun, West Ham United lebih bijak mencuri peluang dengan menambah dua lagi gol menerusi Pablo Fornals dan Jared Bowen untuk melengkapkan kemenangan bergaya buat West Ham United.

Advertisements

Skuad kendalian David Moyes kini berada di tangga keempat liga, lima mata dibelakang pendahulu liga, Chelsea. Dean Smith dan pasukan terus ditimpa malang selepas mencatat tiga kekalahan berturut-turut. Ini juga merupakan kekalahan kedua berturut-turut di halaman sendiri buat Aston Villa.

Aston Villa kini di tangga ke-15 liga berkongsi mata dengan Watford dan Leeds United. Hanya perbezaan gol sahaja yang memisahkan ketiga-tiga pasukan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram