Kelab gergasi Jepun, Vissel Kobe kini diambang penyingkiran dalam J-League musim ini selepas gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam 11 perlawanan yang telah berlangsung.
Pasukan yang dimiliki ramai bintang itu mencatatkan 7 kekalahan serta 4 seri sepanjang saingan J-League musim ini.
Untuk pengetahuan, Vissel Kobe merupakan kelab yang mempunyai nilai skuad yang tertinggi di J-League. Namun, musim ini merupakan musim yang terburuk buat skuad berkualiti ini.
Bagi saingan Asian Champion League, Vissel Kobe berjaya mengekalkan prestasi terbaik selepas menjadi juara kumpulan dengan mengumpul dua kemenangan serta dua seri sepanjang saingan kumpulan.