Voli Luar Biasa Sanusi Buktikan Beliau Lagenda Kedah Sebenar

sanusi upda kedah Voli Luar Biasa Sanusi Buktikan Beliau Lagenda Kedah Sebenar
UPDA – Kedah Darul Aman
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor mencuri perhatian sekali lagi dengan aksi bertenaganya dalam satu perlawanan persahabatan bola sepak di Stadium Darul Aman, Kedah.

Susuk tubuh berusia 48 tahun ini jelas masih mampu memberikan impak besar kepada senario bola sepak Kedah dengan kepimpinan bersahajanya disamping aksi berkuasa tinggi di atas padang.

Dalam satu perlawanan persahabatan 9 sebelah antara pasukan veteran MB menentang veteran polis, Sanusi dikatakan berjaya menjaringkan 1 gol dan 2 percubaan yang terkena tiang gol dan palang.

Sanusi juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA) yang berjiwa rakyat dan amat menggemari sukan bola sepak.