Voli Mendonia Zhafri Yahya Buat Ramai Terpana
Dunia
KLcityfootball
Advertisements

Pemain sayap KL City FC, Zhafri Yahya meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Liga Super Malaysia 2022 apabila menjadi watak penting KL City ketika menewaskan pasukan Penang FC.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Cheras menyaksikan KL City berjaya mengutip tiga mata penuh menewaskan skuad Harimau Kumbang dengan keputusan 3-2.

Pada minit ke-77 permainan, Zhafri Yahya telah mencatat nama sebagai penjaring apabila menyempurnakan peluang yang dimiliki dengan melepaskan satu voli dari luar kotak penalti.

Advertisements

Ledakan kencang Zhafri terus meluru masuk menggegar gawang lawan sekaligus menewaskan penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar.

Tugas yang diberikan pengendali KL City, Bojan Hodak kepada Zhafri untuk bermain di bahagian sayap kanan, setelah pertukaran percaturan ketika Partiban dikeluarkan telah digalas sehabis baik oleh pemain yang berusia 27 tahun ini.

Jaringan Zhafri melengkapkan malam gemilang KL City, meraih kemenangan ketiga pasukan. Setakat 8 perlawanan, KL City telah meraih 10 mata keseluruhannya dalam saingan liga musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram