Advertisement
“Vuvuzela Ni Kasi Haram Ya?” – Zamsaham
Dunia
MakanBola
Psps Riau

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih mesra disapa Bos Zam dalam satu hantaran pada semalam telah meluahkan rasa kurang senang berhubung penggunaan vuvuzela di dalam stadium.

Keadaan riuh dan gegak gempita sorakan penyokong pasukan tuan rumah ketika pertembungan aksi suku akhir pertama antara pasukan Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diselangi dengan bunyi vuvuzela.

Beliau seolah tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa penyokong The Red Warrior sendiri yang meniupkan vuvuzela ketika perlawanan sedang dijalankan.

Umum mengetahui bahawa era vuvuzela ini mula tercetus ketika kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dan ia telahpun diharamkan daripada dibawa masuk ke dalam stadium. Bagaimanapun kurangnya penguatkuasaan daripada pegawai bertugas berkenaan larangan alatan ini.

Bos Zam atau Zamsaham di Facebook rasmi miliknya mahu vuvuzela ini terus diharamkan dan pihak berwajib di Stadium Sultan Muhammad IV perlu melakukan penguatkuasaan berhubung isu ini.

“Vuvuzela ni kasi haram ya,” ujar Zamsaham.

Pasukan The Red Warrior bakal bertandang ke Johor Darul Ta’zim bagi aksi kedua suku akhir Piala Malaysia 2022. Aksi penentuan itu bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 11 November kelak.