Wajah Baharu Stadium MBPJ Hampir Siap, Bukti Selangor Serius Ke Asia
Asia
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Advertisements

Menjelang sepak mula Liga Super Malaysia 2024/2025 yang bakal bermula tidak lama lagi, Home Of Selangor FC iaitu Stadium MBPJ sedang giat melakukan kerja naik taraf infrastruktur stadium.

Hal ini demi memastikan venue Gergasi Merah Kuning memenuhi keperluan saingan Liga Malaysia dan memenuhi spefikasi yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Ini kerana Stadium MBPJ akan dijadikan venue buat pasukan Selangor yang bakal beraksi dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/2025.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Tiktok iaitu @fatamorgana_byfairuz, video yang dimuat naik itu menunjukkan beberapa perubahan di Stadium MBPJ dan kerja naik taraf yang dilakukan di Stadium MBPJ difahamkan berjalan dengan sangat baik.

Advertisements

Antara transformasi yang dilakukan ialah penggunaan kerusi plastik sepenuhnya di kawasan tempat duduk penonton. Selain itu, salah satu bahagian tempat duduk telah ditambah bumbung yang mana bahagian itu merupakan ruang kumpul bagi kumpulan penyokong Selangor iaitu UltraSel.

Pada masa yang sama, Stadium MBPJ terus mengekalkan penggunaan rumput jenis Cow Grass. Kawasan balapan stadium telah ditambah baik dan wajah baharu Stadium MBPJ ini menunjukkan kemajuan yang cukup positif.

Bukan itu sahaja, Selangor turut menaik taraf kawasan tempat duduk buat para pengamal media.

Advertisements

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon menyasarkan kerja naik taraf ini akan siap pada penghujung April. Beliau turut menghargai kerjasama yang diberikan pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang turut sama menjayakan proses naik taraf stadium ini.

“Alhamdulillah, penambahbaikkan sedang berlangsung dengan baik. Saya rasa sudah hampir 70% dan kita sasarkan untuk ia siap pada penghujung bulan April,” ujar Johan.

Selangor yang dibimbing pengendali baharu, Nidzam Jamil menjadi wakil dari Malaysia yang bakal beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL 2) musim ini. Naib juara Liga Super 2023 itu juga dijangka menjadi pencabar utama dalam saingan Liga Malaysia 2024/2025.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram