Skip to content
Thursday, 5 November 2026
  • Harimau Malaya
  • Liga Super
  • ACL
  • Asia Tenggara
  • Asia
  • UEFA Champions League
  • UltraSukan
  • Perniagaan
  • Transfer
  1. Home
  2. Liga M4

Liga M4

Penjenamaan Baru Kerteh FC Terima Pujian Orang Ramai

By Syafiq FremanPublished March 28, 2021, 2:16 am2 min read
logo baru kerteh fc Penjenamaan Baru Kerteh FC Terima Pujian Orang Ramai
Advertisements

Kelab Bola Sepak Kerteh (Kerteh FC) mengumumkan perubahan logo kelab yang dilihat sebagai satu langkah positif kelab berpengkalan di Kerteh, Terengganu tersebut.

Kerteh FC merupakan sebuah kelab pemilikan swasta yang beraksi di Liga M4 dan mula mendapat perhatian rakyat Malaysia yang tertarik dengan usaha kelab dalam membina asas kukuh sebuah kelab bola sepak.

Menurut halaman Facebook Kerteh FC, penjenamaan baru ini dibuat sebagai salah satu proses evolusi imej Kerteh FC dan sebagai usaha memperkukuhkan jenama kelab.

164064272 1295165207551187 7475117046045718200 o Penjenamaan Baru Kerteh FC Terima Pujian Orang Ramai

Logo baru Kerteh FC dilihat sebagai imej yang segar, elegen dan moden bersesuaian dengan peredaran zaman.

Menurut Kerteh FC juga, penjenamaan ini bukan hanya sekadar logo sebaliknya ia melambangkan imej bandar dan jiwa penduduk Kerteh sendiri.

𝐖𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐊𝐄𝐑𝐓𝐄𝐇 𝐅𝐂

Transformasi logo Kerteh FC adalah salah satu langkah yang terkandung dalam proses evolusi imej Kerteh FC dalam usaha memperkukuhkan jenama kelab.

Baca Lanjut: https://t.co/QVJ6YozOeJ pic.twitter.com/s4twm33xpG

— Kerteh FC (@KertehFC) March 27, 2021

Penerangan logo baru Kerteh FC seperti yang dinukilkan dari laman Facebook rasmi pasukan:

Warna Baru
Wajah baru Kerteh FC menggunakan 2 jenis hijau yang datang dari sumber berbeza. Hijau gelap yang lebih formal diambil daripada warna rumput padang bola manakala hijau pendarflour atau fluorescent pula diambil dari warna keselamatan reflektif yang sering dilihat sekeliling bandar petroleum itu.

Jalur atau Tiang
Motif jalur baru ini mengambil inspirasi dari paip-paip yang boleh dilihat di loji penapis minyak dan gas Kerteh. Ia menunjukkan semangat kebersamaan dan silaturrahim antara pemain dan komuniti yang menyokong mereka. 2 batang tiang juga membawa simbol menara ‘flare’ yang biasa dilihat di loji, terminal dan pelantar minyak bagi tujuan membakar lebihan gas. Ia juga melambangkan struktur-struktur keluli yang menjadi tunjang binaan loji dan pelantar minyak. Ini membawa maksud kekuatan serta berdaya saing.

Huruf K
Mewakili huruf pangkal nama Kerteh sendiri serta para penduduknya. Antara elemen dari logo lama yang dikekalkan dan diberi nafas segar dalam logo baharu.

Berlian Merah
Berlian merah yang terletak di puncak logo melambangkan semangat pejuang Kerteh FC dan keberanian yang merangkumi jiwa semua warga Kerteh. Diinspirasikan daripada pemandangan obor api yang sinonim dengan bandar Kerteh, simbol ini juga memberi Kerteh nama tidak rasminya, The City Of Lights.

Perisai
Sebagai pelengkap wajah baru, simbol kekuatan Kerteh datang dari perisai yang juga melambangkan kekeluargaan. Perisai ini menjadi kanvas untuk corak corak lain dan digunakan untuk menyatukan pemain, pihak pengurusan dan peminat mereka dari serata dunia.

Inilah evolusi kami. Kerteh FC.#EvolusiOilers pic.twitter.com/7VuSkVbOrX

— Kerteh FC (@KertehFC) March 27, 2021

“Keharmonian elemen-elemen ini melahirkan jiwa baru pasukan muda ini. Wajah baru inilah yang akan menjadi simbol dan luahan semangat mereka, menciptakan legasi baru untuk dipersembahkan. Wajah baru inilah janji mereka untuk membuktikan diri mereka kepada negara dan dunia.” Jelas Kerteh FC.

Terima Maklum Balas Positif

Rata-rata peminat dan pemerhati bola sepak memuji usaha penjenamaan kelab ini dan usaha kelab mempromosikan kelab muda ini ke tahap yang baru.

“Bila kelab dipelopori oleh kelompok yg ada football passion dan berilmu.. Hasilnya akan nampak wow dan kreatif, walaupun kelab kecil”, jelas Ali Ayman di Facebook Kerteh FC.

  • Kerteh FC
  • Liga M4
  • Logo
  • Terengganu
Share

Most discussed

  1. “Gol Tercantik Dalam Karier Saya” – Safawi Rasid
  2. Selamat Tinggal Lionel Messi
  3. Pengorbanan Besar Corbin Ong
  4. John Herdman Akan Bawa Masuk Lebih Ramai Pemain Warisan
  5. Richard Scully Saran FAM Kekalkan Tan Cheng Hoe

Related stories

  • Liga M4

    Pelapis JDT Catat Kemenangan Besar 8-0 Atasi Geylang International

    By Azim NoorMarch 9, 2024
    Geylang SYL JDT JST Pelapis JDT Catat Kemenangan Besar 8-0 Atasi Geylang International
  • Liga M4

    Misteri Kehilangan S. Chanturu Kini Terjawab

    By Nabil FahmiDecember 7, 2023
    S Chanturu Trinity FC Misteri Kehilangan S. Chanturu Kini Terjawab
  • Liga M4

    Skuad Muda JDT Kukuh Reputasi, Benam Lion City Sailors

    By Azim NoorNovember 12, 2023
    JDT Lion City Sailors Johor Southern Tigers Skuad Muda JDT Kukuh Reputasi, Benam Lion City Sailors

Berita Bola Sepak Malaysia

Categories

  • Liga Super
  • Harimau Malaya
  • Asia
  • UltraSukan
  • Asia Tenggara
  • Transfer

MakanBola Holdings Sdn. Bhd. (1472874-T)

© 2026 MakanBola. All rights reserved.