Arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan insiden seorang pemain amatur memegang kerambit dalam satu perlawanan di Kuala Lumpur dan ianya tersebar luas di media sosial.
Menerusi satu perkongsian daripada pengguna Facebook, Aliff Akhmal, pemain dari pasukan Farouk FT itu dikesan menggunakan kerambit ketika cuba menyerang pihak lawan.
Kejadian tersebut berlaku pada 4 Ogos sekitar 12.30 malam dan ianya dipercayai berlaku di Padang KLFA, Melawati.
Manakala wajah suspek pemain amatur yang memegang kerambit itu telah tersebar di laman X yang mana ianya mamaparkan dengan jelas tindak-tanduk pemain itu.
Foto yang dimuatnaik pengguna X, Kamilan Sugarya itu telah ditonton lebih daripada 100 ribu pengguna di laman X dan ianya mendapat respon negatif oleh rata-rata peminat bola sepak tempatan.
Malah ada daripadanya berharap ada tindakan yang dapat diambil ke atas pemain berkenaan selepas aksi tersebut boleh mengundang bahaya kepada pemain-pemain lain.
Kejadian aneh itu diharapkan agar tidak berulang lagi agar arena bola sepak negara kita sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat buat sesiapa sahaja yang ingin beraksi selepas ini.