Wakil Chonburi Akui Kekuatan JDT Tidak Berubah Tanpa Ramai Tonggak Utama
Asia Tenggara
Thitigorn Artwarin
Advertisements

Setiausaha Chonburi FC, Thitigorn Artwarin mengakui kekuatan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kekal utuh meskipun tanpa kelibat ramai tonggak utama.

Hal ini dikongsikan beliau menerusi satu hantaran di Facebook. Thitigorn menjadi sebahagian daripada rombongan The Sharks yang menyertai kem latihan di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Kem ini turut menyaksikan perlawanan pemanas badan antara Harimau Selatan dengan Chonburi di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

JDT tempang tanpa tujuh tonggak seperti Arif Aiman Hanafi dan Corbin Ong kerana menyahut panggilan kem Harimau Malaya.

Selain itu, JDT juga kehilangan tiga tonggak pertahanan akibat masalah kecederaan iaitu kapten Jordi Amat, Matthew Davies dan Junior Eldstal.

Meskipun beraksi tanpa ramai tonggak utama, JDT beraksi cemerlang – satu fakta yang mengagumkan Thitigorn.

Advertisements

“JDT ialah pasukan yang kuat dan telah maju ke peringkat Asia. Walaupun (berdepan masalah) kekurangan pemain dalam misi untuk bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia dalam kelayakan Piala Dunia, keberkesanan (kualiti) pasukan itu tidak pernah berkurangan.

“Pertandingan ini menyeronokkan (bagi kedua-dua pasukan). Chonburi telah mendapat manfaat daripada pesaing yang bermain bola sepak dengan kualiti, kepantasan dan ketepatan,” katanya.

The Sharks kini fokus untuk baki kempen Thai League 1 musim 2023-2024. Pasukan itu bakal berhadapan Bangkok United pada 31 Mac ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram