Advertisement
Waktu & Venue Baharu Aksi Kelantan DN vs Terengganu
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC

Perlawanan Liga Super melibatkan Kelantan Darul Naim vs Terengganu mengalami perubahan waktu sepak mula dan venue.

Saingan Liga Super bagi minggu ke-16 kembali bersambung bermula 4 Disember setelah memberi laluan buat aksi skuad kebangsaan dan juga perlawanan pusingan 16 Piala Malaysia.

Walau bagaimanapun, terdapat perubahan membabitkan aksi tumpuan di antara Kelantan DN dan Terengganu yang bakal berubah waktu sepak mula dan venue perlawanan.

Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan telah mengemaskini waktu sepak mula aksi Kelantan Darul Naim vs Terengganu pada jam 5 petang berbanding waktu asal jam 9 malam.

Selain itu, Stadium Majlis Perbandaran Selayang telah dipilih sebagai venue baharu bagi aksi Derbi Pantai Timur ini kerana Stadium Sultan Muhammad ke-IV masih menjalani proses penyelenggaraan.

Untuk makluman, pindaan ini telah dipersetujui oleh kedua-dua kelab yang terlibat dan pihak MFL juga mengumumkan Kelantan DN masih kekal menjadi pasukan tuan rumah bagi aksi ini.

Carta Liga Super ketika ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) masih kekal mendahului di puncak tatkala Terengganu pula menghuni tangga ke-4 manakala Kelantan DN di tempat ke-12 liga.