“Walaupun Bangladesh Buruk, Itu Tetap Negara Saya” – Warga Bangladesh

Ban MAS "Walaupun Bangladesh Buruk, Itu Tetap Negara Saya" - Warga Bangladesh
Foto: Khairul / MakanBola
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang melibatkan pertembungan antara pasukan negara menentang Bangladesh berkesudahan dengan kemenangan besar 4-1 menjadi milik Malaysia.

Kemenangan ini juga telah membawa kepada pengakhiran bagi penantian seluruh warga Malaysia untuk melihat pasukan kesayangan layak secara merit selepas 42 tahun.

Advertisements

Walau bagaimanapun, ia tidak mengubah hakikat bahawa terdapat ramai rakan kita dari Bangladesh yang tidak putus untuk turun memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

Sungguhpun tewas kesemua perlawanan pada peringkat kumpulan, salah seorang warga negara itu tetap optimis dengan kemampuan anak buah Javier Cabrera untuk kembali tampil dengan lebih cemerlang.

Advertisements

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna tiktok, mereka sedang rancak berbual mengenai pertembungan epik antara kedua negara ini.

Beliau sempat bergurau senda dan juga mahu melayan permintaan rakannya dari Malaysia itu setelah Harimau Malaya berjaya menundukkan Bangladesh.

Advertisements

Walau bagaimanapun, beliau masih mempamerkan semangat patriotik dan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada tanah tumpah darahnya itu sungguhpun sudah lama berkelana di Malaysia.

Beliau tetap yakin negaranya akan tampil lebih baik sungguhpun beliau kini membanting tulang mencari rezeki di sini.

Advertisements

“Kita jangah putus asa, kita mesti kena jadi hebat satu kali.”

“Saya berasal dari Bangladesh, walaupun mencari rezeki di sini (Malaysia) sangat baik.”

Advertisements

Warga Bangladesh ini menjelaskan bahawa beliau akan tetap terus menyokong setia negaranya walau apa jua terjadi.

“Walaupun buruk, itu tetap negara kita.”

Advertisements

Respon menyentuh hati pemuda ini mendapat reaksi pelbagai daripada para penyokong yang sebak dan juga terharu dengan pekerti mulianya itu.

Malaysia kini layak secara merit bersama 4 lagi negara ASEAN iaitu Indonesia, Thailand dan juga Vietnam.

Advertisements