Walaupun Sibuk Dengan Latihan, Hakimi Abdullah Konsisten Kejar Akhirat
Dunia
terengganu
Advertisements

Pemain Terengganu FC, Muhammad Hakimi Abdullah tidak terlepas untuk merebut peluang meraih ganjaran dalam bulan Ramadan apabila beliau turut bersama dalam mengimarahkan surau.

Dalam satu hantaran di laman rasmi Facebook Surau Al-Hijrah Hulu Takir, ahli jawatankuasa surau telah memuat naik satu hantaran, memuji sikap Hakimi yang konsisten datang ke surau melaksanakan solat berjemaah.

Walaupun pemain muda yang berusia 22 tahun itu giat menjalani latihan bersama pasukan Terengganu dalam mengharungi kancah Liga Super Malaysia 2022, Hakimi tetap mengambil kesempatan untuk bersama jemaah surau beribadah selepas selesai latihan bersama pasukan.

Advertisements

Usai perlawanan di antara Terengganu FC menentang Selangor FC tempoh hari, Hakimi terus bersama para jemaah Surau Al-Hijrah untuk turut serta dalam Program Memburu Malam Al-Qadr.

Dalam perlawanan tersebut, Hakimi berjaya memperagakan aksi yang cukup cemerlang apabila meraih banyak peluang dan sepakan tepat kearah gawang lawan. Terengganu mencatat keputusan positif, menang keatas Selangor dengan 2-0.

Untuk rekod, tiga mata berharga dalam kemenangan Terengganu bertemu Selangor tempoh hari merupakan kemenangan kedua buat anak buah Nafuzi Zain setelah mereka mengharungi empat perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram