Wan Azizah Kagum Dengan Potensi Anwar Ibrahim
Dunia
KL City
Advertisements

Ahli parlimen Bandar Tun Razak, Dato Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail kagum dengan persembahan yang ditampilkan pertahanan KL City, Anwar Ibrahim.

Anwar yang beraksi dalam perlawanan final Piala Menteri Wilayah Persekutuan tempoh hari telah mencuri tumpuan isteri kepada perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemain berusia 24 tahun itu telah diturunkan pengendali KL City, Bojan Hodak sebagai pemain gantian. Beliau cemerlang mengekang setiap asakan pemain lawan dan mengawal benteng The City Boys daripada dibolosi.

Advertisements

Dalam satu ciapan di Twitter, Wan Azizah menjelaskan Anwar merupakan seorang pemain masa depan negara. Wan Azizah turut mendoakan yang terbaik untuk perjalanan karier beliau.

“Saudara Anwar Ibrahim, pemain harapan masa depan. Diiringi doa agar maju jaya, berilmu, beriman dan bertaqwa,” tulis Wan Azizah.

KL City berjaya mengesahkan kejuaraan dalam perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan selepas berjaya menewaskan pasukan Perak dengan keputusan 3-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram