Wan Kuzain Hampir Sertai Kelab J League?
Dunia
Kuzain7
Advertisements

Masa depan pemain kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal mula menjadi bualan hangat susulan kelihatan sunti tanpa khabar berita.

Beliau kini beraksi di Amerika Syarikat bersama St Louis dan menjadi watak penting untuk mengemudi jentera tengah pasukan.

Pemain berusia 24 tahun ini seringkali dikaitkan untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan kini dikaitkan pula dengan perpindahan ke Liga Malaysia.

Advertisements

Namun begitu, beliau difahamkan masih mempunyai baki kontrak bersama kelabnya sekaligus menyaksikan beliau akan kekal sekurang-kurangnya hingga akhir tahun ini.

Walau bagaimanapun, menerusi sumber yang diterima oleh MakanBola dari Jepun, Kuzain dilaporkan ada melakukan perbincangan untuk berpindah ke Liga 1 Jepun (J League 1).

Perbincangan tersebut bagaimanapun gagal mencapai kata sepakat sekaligus menyaksikan beliau akan kekal beraksi di kelabnya.

Advertisements

Kuzain difahamkan akan terus mengembangkan potensinya di Eropah buat masa sekarang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram