Dunia
Advertisements

Berikutan komen ayah Wan Kuzain di sosial media tentang masa depan anaknya sebelum ini yang ingin mewakili Amerika Syarikat di Piala Dunia, netizen lantas berang dan ingin FAM melupakan hasrat untuk membawa masuk pemain ini bermain bersama pasukan negara.

wan kamal facebook Wan Kuzain & Kuzri Masih Berpeluang Wakili Negara

Berbeza dengan pendapat Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi selaku Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM yang menyatakan pintu sentiasa terbuka untuk mana-mana pemain berdarah Malaysia.

Datuk Yusoff Mahadi menerusi Harian Metro berkata, pihaknya melalui Jawatankuasa Teknikal Pemilihan Pemain sememangnya mencari bakat baharu bola sepak dalam mahupun di luar negara bagi memperkuat skuad kebangsaan.

Advertisements

“Semua pemain termasuk Wan Kuzri yang berada di luar negara untuk dipanggil balik mestilah jawatankuasa ini buat kajian atau pemerhatian dulu.

“Jika memang dia pemain yang begitu hebat dan berbakat, sudah tentu jawatankuasa ini akan mencadangkan kepada kita namannya untuk dibincangkan.

“Jika kita boleh menaturalisasikan pemain untuk skuad kebangsaan, mestilah kita mengalu-alukan pemain sepertinya. Tapi mereka mesti memenuhi tahap yang kita kehendaki,” katanya.

Advertisements

Wan Kuzri dan abangnya, Wan Kuzain sebelum ini mengharumkan nama negara apabila masing-masing beraksi di Amerika Syarikat (AS) dalam divisyen dua, USL Championship (USLC) bersama kelab Saint Louis Football dan kelab Sporting Kansas City di saingan Major League Soccer (MLS).

Kedua-dua mereka juga dipanggil menyertai latihan skuad Piala Dunia Bawah 17 (B-17) Amerika Syarikat sebelum ini dengan Wan Kuzain bakal memperkuat skuad B-23 Malaysia untuk Sukan SEA di Filipina penghujung tahun ini.

Yusoff berkata, jika melepasi kriteria dan mendapat sokongan daripada jawatankuasa terbabit langkah seterusnya adalah berbincang dengan Wan Kuzri dan keluarganya memandangkan usianya masih muda.

Advertisements

“Hakikatnya, kita sedang memantau dan mencari pemain terbaik untuk mewakili negara bukan saja Wan Kuzain dan Wan Kuzri,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram