Wan Kuzain Terus Cemerlang Pacu St Louis City
Dunia
kuzain7
Advertisements

Pemain tengah sensasi, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal telah menampilkan aksi cemerlang ketika membantu pasukannya mencatat kemenangan bergaya dalam aksi MLS Next Pro pada semalam.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di The Robert R. Hermann Stadium menyaksikan St Louis City berjaya menewaskan pasukan Portland Timbers dengan keputusan 3-1.

Wan Kuzain menjadi nadi kepada kecemerlangan pasukan setelah diberi tanggungjawab untuk mengemudi barisan serangan St Louis. Beliau yang turun dalam kesebelasan utama pasukan tampil membuktikan kemampuan sebenar apabila berjaya mencipta satu bantuan gol.

Advertisements

Pada minit ke-61 permainan, tandukan cantik Kuzain telah dimanfaatkan penyerang St Louis, Josh Dolling dengan satu ledakan kencang menewaskan penjaga gol Portland Timbers. Jaringan tersebut menjadi penentu malam gemilang pasukan St Louis City.

Persembahan membanggakan yang ditampilkan Wan Kuzain pastinya akan terus ditagih pengendali St Louis, Bradley Carnell dalam perlawanan mendatang.

Setakat tujuh perlawanan, St Louis kini menduduki tangga keenam saingan Liga MLS dengan 15 mata secara keseluruhannya berjaya diraih pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram