Wan Kuzri Hampir Pasti Warnai Liga Malaysia
MakanBola
FAMalaysiaofficial

Wan Kuzri dijangka akan mewarnai saingan Liga Malaysia dengan menyertai sebuah pasukan daripada Liga Super Malaysia pada jendela perpindahan kedua.

Pemain tengah berbakat, Wan Kuzri dijangka akan kembali ke pentas bola sepak tanah air apabila beliau disahkan hampir pasti menyertai sebuah pasukan Liga Super Malaysia pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Kehadiran beliau dilihat bakal memberi nafas baharu kepada saingan liga, khususnya dalam meningkatkan kualiti permainan di tengah padang.

Wan Kuzri, yang sebelum ini beraksi bersama University of Akron di Amerika Syarikat, dikenal pasti sebagai pemain muda berbakat dengan gaya permainan kreatif dan berdaya saing tinggi.

Kepulangannya ke tanah air bukan sahaja akan mengukuhkan barisan tengah pasukan yang disertainya, malah memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan bakat beliau berkembang di peringkat profesional.

Selain itu, pada awal tahun 2022, pemain berbakat muda, Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal, menerima panggilan untuk menyertai kem latihan pusat skuad B-23 Malaysia. Pemanggilan ini merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan di bawah bimbingan jurulatih, Brad Maloney bagi menghadapi Kejohanan AFF U-23.

Untuk rekod, itu bukan kali pertama Wan Kuzri terlibat dengan skuad kebangsaan. Sebelum ini, beliau pernah menyertai kem latihan B-19 Malaysia, di mana beliau diberi peluang menimba pengalaman dan menonjolkan potensi sebagai pemain muda yang berbakat.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Wan Kuzri sudah menandatangani kontrak bersama pasukan Negeri Sembilan pada jendela perpindahan kedua Liga Super musim ini.

“Dari US ke Negeri Sembilan, Wan Ahmad Kuzri yang pernah dipanggil ke kem latihan B19 negara difahamkan sudah menandatangani kontrak dengan skuad Jang,” kata Zulhelmi Zainal Azam di laman X milik beliau.

Wan Kuzri dijangka membuat penampilan sulung bersama Negeri Sembilan pada 25 Januari depan menentang pasukan Imigresen dalam aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.